what’s hot : saya amat kemaruk bermain slr lama di opis… snap snap..
what’s not : isnin ini ada perjumpaan kakitangan gred B.
additional info : err… makan?
earwax remover : malik reduan - kelip kelip kusangka kan api
[tengahari tadi sebelum solat jumaat, saya menghabiskan masa di kiosk petrol pump sambil makan Ayam Madu "On The Go".
tiba tiba hadir seorang penjual buku, dan menunjukkan beberapa buah buku... saya menolak dengan cara baik.
jawapan saya : encik... saya kerja di perpustakaan.
dan penjual buku itu pun beredar]
tadi pagi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, saya menghantar orang yang ingin bernikah… kebetulan, dia rakan saya, dan kebetulan juga, Terminal Larkin itu hanya sekangkang kera dari pejabat saya.
saya dengan gatal gatal mulut bertanya tentang wang hantaran yang bakal di belanjakan…
jawapannya : RM 15k… (k itu adalah ribu bagi pengetahuan mereka yang tidak faham ye?)
RM 15k?…
what??? untuk mendapat seorang gadis, kau belanjakan 15 ribu?
dia pandai masak tak?
dia boleh jaga rumah tak?
dan soalan yang paling mencengkam… dia boleh lahirkan anak tak?
untuk pengetahuan anda semua, ayah saya membelanjakan RM 600 untuk berkahwin dulu… bukan nilai wang yang saya ingin ketengahkan, tapi betapa wanita dulu kala telah di persiapkan dengan segala ilmu rumah tangga…
dengan hanya RM600, ayah saya berkongsi hidup dengan isterinya, dan mereka berjaya menghasilkan 9 orang cahaya mata.
ibu saya pandai memasak, menjaga rumah, membuat anak anak gembira.. selama berpuluh puluh tahun…
bukanlah saya ingin menyebabkan huru hara dengan menulis ini semua, tapi kami, pihak lelaki yang menyiapkan wang hantaran… dan terus terang kami katakan… is it worth it?
katakan lah, kita habiskan RM 20k, untuk belanja, tunang dan apa kebenda lagi tah… (ini tidak termasuk pelamin yang berasap2, dan berbau setanggi cina, dan juga pari pari yang menyambut tetamu)…
apa yang kami dapat?
seorang perempuan? itu saja kan?
if u are lucky, you’ll get the whole package, chef + maid + hairdresser… and will punch out a few kids for you…
kalau tidak?
jadi macam rakan saya… sudahnya, berantakan…
he spent almost RM25k just for the wedding, and another RM14k for the honeymoon…
and that was 5 years ago… and then, he realized his wife, can’t cook, can’t be there for him and sadly… can’t conceived any child for him..
so… where was the RM 39k he spent?
down in the drain…
nanti dulu, jangan menikam dengan cepat….
saya bukanlah hendak mempersoalkan isu rezeki anak, mungkin juga belum sampai serunya… tapi, bagaimana dengan memasak? menjaga suami? dan menjaga rumah tangga?
saya tidak mahu jadi begitu…
nanti dulu, jangan lompat ke prejudis di hati anda…
saya bukanlah mahu canangkan bahawa saya ini kedekut, tapi fikirlah… untuk bertunang saja…
pihak lelaki perlu menyiapkan cincin, sehelai persalinan, dan apa apa lagi…
dan untuk majlis perkahwinan, sama juga… too much money spent, and too much complication it will be… wedding of the year konon… my middle finger lah…
nanti kalau bergaduh, mula mengungkit…
nanti kalau berhutang, mula mengungkit..
nanti kalau berantakan… mula mengungkit..
pada saya, untuk membelanjakan wang sebegitu banyak, untuk membuatkan majlis jadi grand dan hebat, adalah tidak patut…
lihat saja wedding of the year yang lepas2…
adakah masih bersatu mereka mereka itu? atau sudah berkahwin dengan pengurus radio?
dan sudah berapa ramaikah anak yang dihasilkan?
satu? setengah? atau sudah sedozen?
mungkin ada yang berkata,
"kahwin kenalah grand, dan berbaloi… takkan nikah je kot?"
well, pada saya, nikah sajalah… dan duit yang untuk pari pari dan pelamin keluar asap itu, boleh dijadikan modal untuk meneruskan hidup… beli rumah, kereta, dan membela isteri tadi… nanti kalau grand, lepas kahwin nanti, kita makanlah pasir…
jadi seterusnya, saya mencadangkan buatlah apa yang termampu… jangan bila sudah jadi, baru sibuk menadah tangan menangkung hujan… belilah baldi.. just in case…
untuk saya menghabiskan RM39k, bagi mendapatkan gadis, yang biasa biasa saja…???
not worth it…
p.s : kalau sekadar untuk sex, RM39k itu… boleh sewa hotel, dengan cctv… nanti masuk paper… yay!!!